Saturday, August 28, 2010

Pergi balik...

Nur Atikah Safanah asyik datang kehadapan mengadu itu dan ini sedangkan ketika itu saya sedang menumpukan perhatian kepada bacaan Iqra' pelajar saya.

Mungkin menganggap tidak perlu dilayan saya mengarahkan anak murid saya itu pulang ketempat duduknya dengan ungkapan "pergi balik!"

Agak lama dia datang kembali duduk disebelah saya pula sambil mengomel dengan nada bersahaja
" Ustazah Hafizah dulu kalau marah tak pernah pun suruh saya balik!" saya mengerutkan dahi dan memandang wajah polosnya yang tidak menyimpan dendam pun. "ustazah kata macam tu ke tadi?" dia mengangguk sambil tersenyum.
" ustazah tersilap cakap, maksud ustazah tadi supaya kamu balik ketempat duduk kamu, kamu marah ustazah ke? "dia mengeleng dengan tersenyum lagi.
"usatazah minta maaf ye!" dia mengangguk senang dan kembali ketempat duduknya dengan senang hati.

Alahai anak muridku.

Kalau dia mati macamana?

Dalam bulan-bulan puasa ni anak-anak muridku memang kebanyakannya tidak berpuasa. Mana yang sempat saya pantau contohnya yang bawa makanan ringan seperti gula-gula dan selamba sahaja makan dalam kelas akan saya arahkan segera buangkan makanan mereka. Tapi kalau minum air saya tidaklah melarangnya. Mereka juga tidak segan silu mengambil air rakan-rakan lain tanpa meminta kebenaran. Hai, dah dahaga sangat la tu!

Suatu hari Khamis baru-baru ini saya terperasan gelagat anak murid saya Elaisya meminum air rakannya dihadapan rakan-rakan.

"Hei, tak boleh boleh minum airlah, Elaisya!" kawan yang lain menegah.
Dengan lagak bercekak pinggang dan menunjukkan telunjuknya, anak muris saya yang memang pandai cakap bernama Safiyyah Naqibah bercakap, "biarlah dia minum air, kalau dia mati macamana?"

Saya buat-buat tidak perasankan gelagat mereka sedangkan hati saya dicuit lucu.

Friday, August 27, 2010

kisah anak anak muridku

Sekarang saya mula belajar tentang sikap budak-budak umur 6 tahun. Memeningkan kepala tetap menghiburkan. Stress tetapi sebenarnya satu terapi. Manakan tidak, memandang wajah mereka yang bersih tanpa dosa setiap kali mereka mengadap saya ketika saya memandu mereka membaca iqra.

Anak murid saya bijak-bijak belaka, sehebat nama mereka.

Mereka semua mempunyai karakter tersendiri, ragam juga berbeza. Nabil Hakim,anak kecil persis cina selalunya akan berdalih tidak membawa buku jika saya memulakan sesi pemelajaran baru. Saya sudah hafal ayat-ayatnya " ustazah, saya tak bawa buku"..."ustazah buku saya tinggal kulit je!"..."ustazah, beg saya kena mangga". Dan apabila saya memintanya membuka beg untuk cek buku, barulah dia akan mengeluarkan isi buku yang tertanggal dari kulitnya, beg yang bermangga dia tahu dimana disorokkan kuncinya. Selalunya dia akan kalah juga dengan permintaan saya. Kadangkala dia sanggup didenda dengan kesalahan tidak membawa buku(padahal bawa) oleh saya.

Tetapi saya melihat Nabil Hakim ini budaknya bijk kerana seringkali soalan saya betul jawapannya. Dalam nakal dan ingkarnya dia juga menghormati saya tetapi tidak ditunjukkan. Pernah sekali saya merotannya dihadapan kelas kerana memijak rakan yang sedang tertidur(mungkin penat berpuasa) samada secara sengaja atau tidak. tujuan saya ialah untuk memberi pengajaran. Selepas itu Nabil Hakim pulang ketempatnya dan memekup kepala dan menangis. Saya sangkakan Nabil Hakim akan menagmbil hati dalam jangkamasa panjang rupanya tidak kerana selepas reda dia mengikuti sesi pemelajaran seterusnya. Kebetulan ketika itu saya memberi kuiz didalam kelas. Semasa ucapan selamat pulang diakhir kelas diiringi ucapan maaf beramai-ramai saya berseloroh, "kamu ada buat salah ke?sapa rasa ada buat salah angkat tangan" secara umum. Dan ekor mata saya menangkap Nabil Hakim lah orang mula-mula yang mengangkat tangan tetapi saya pura-pura tidak melihatnya.

Monday, August 23, 2010

Lat Collection di Masjid India...lain dari biasa...stylo!









Meriahnya Masjid India Di Bulan Ramadhan
















Masjid India Syurga berborong

Sempena bulan Ramadhan ini saya kerap berkunjung ke Masjid India. Di sana saya mencari telekung, kain pelekat, kain batik, keronsang, tudung Hajra, dan butang baju melayu.


Telekung yang pelbagai sulaman membuatkan saya mula mempelajari corak-corak terkini, jenis kain, kelabuhan dan pelbagai lagi. Corak-coraknya memang berbagai dan cantik-cantik. Di tempat pengusaha kedai borong ini, saya berkenalan dengan Habibah dari Indonesia dan bosnya yang muda dan cantik persis orang China dari tanah besar. Dari perbualan pendek saya denganya memang bapanya orang China sejati dari kemboja.Menyusuri Masjid India secara kerap membuatkan saya benar-benar terpegun dengan keunikannya. Di sini kita akan berkumpul dengan pelbagai kaum dari pelbagai bangsa maupun negara. Yang membanggakan ialah peniaga disini memang majoriti Muslim. Barang-barang pun memang sentiasa terkini.


Selain telekung saya mengambil kain pelekat. Barulah saya kenal kain pelekat ini bertambah nilainya mengikut buatannya yang menggunakan ribuan benang. lagi banyak benang, lagilah mahal. Yang saya jumpa setakat ini 5000-8000 benang dari pelbagai jenama seperti Gajah Duduk, Mangga, Ayam Serama dan lain-lain lagi dengan pelbagai packaging menarik.


Kebanyakan diimport dari negara pengeluar seperti Indonesia dan India. Malaysia juga ada tetapi saya belum jumpa pula. Yang saya jumpa kotak kain pelekat 1Malaysia tetapi negara pengeluarnya Indonesia. Namun saya percaya negeri Kelantan dan Terengganu tidak terkecuali mengeluarkan produk yang sama tetapi saya belum jumpa( alahai ketinggalannya saya).


KERONSANG, kalau ikut trend sekarang, keronsang mewah berbatu berlian tiruan atau kristal Swarozski sudah agak berkurangan permintaannya kerana kebanyakan wanita sekarang lebih memilih tudung terus pakai sahaja. Pendek kata tudung bawal yang terkenal suatu ketika dahulu dan boleh mencecah harga 2oo dan keatas sudah kurang permintaanya dalam pasaran. Tetapi saya ambil jugalah kerana ia masih fleksibel bagi keronsang kecil kerana sesuai disematkan di bawah dagu tudung mengikut seselesa wajah kita.
Ada satu cerita di Masjid India, jika anda lalu lalang disana disepanjang kedai, anda akan terjumpa kedai keronsang CK RAHIM. Banyak juga cawangannya di Masjid India. Apa yang saya tahu sewa kedai disana jatuh pada harga terendah RM6000 keatas sebulan. itu pun untuk saiz 10x5 kaki. Dengar kata CK Rahim ini ialah seorang guru yang kini telah bergelar jutawan. Walaupun keronsang kurang permintaan pada saya tetapi saya lihat perniagaan CK Rahim gagah mengemudi empayarnya sehingga berjaya membuka cawangan besarnya (mungkin HQ) di Bangi. Seorang lagi muslim berjaya didalam perniagaan yang menjadi warga Masjid India.

Saya berjalan ke arked Anjung yang disarankan oleh adik Habibah pembantu kedai telekung untuk mendapatkan batek dan pelekat. Tak sangka saya disini banyak betul kain batik, kain pelekat dan pelbagai lagi...hai! gila saya dibuatnya. Rambang mata betul.

Saya memborong barang-barang untuk di niagakan dengan hanya bertawakkal kepada Allah dan bersedia menanggung risiko. Sebelum memikirkan apa-apa kemungkinan, saya berikhtiar sehabis daya memasarkan produk-produk yang saya borong ini. Kepuaasannya tak terkata apabila menceburkan diri di dalam perniagaan ini. Semoga berpanjangan.

Saturday, August 7, 2010

Santai minda jap!



Merebut Peluang- Semua I nak Buat)

Saya menjadikan mengajar sebagai satu saluran untuk memenuhi tuntutan rohani dengan meletakkan ganjaran dibelakang. Jika saya meletakkan ganjaran di hadapan saya akan berfikir banyak kali untuk bekerja dengan elaun RM500 satu bulan.

Untuk memenuhi kehendak menggandakan kewangan saya memilih mencairkan apa sahaja sumber kewangan yang saya ada sebagai cara untuk menambah pendapatan. Simpanan yang sedikit saya keluarkan, kad kredit yang bulan-bulan saya bayar minimum kini saya pakai semula walaupun saya pernah berazam untuk melupuskan bakinya dengan langsam( saya belum mampu rupanya). Akhirnya saya pakai buat modal dan saya bayar modal bulan sebelumnya untuk mengelakkan hutang tertunggak. Saya hadkan pemakaian untuk memborong barang berniaga dan minyak kereta sahaja. Cukup bulan apabila pusing modal saya bayar kembali.

Alhamdulillah setakat ini lancar lagi.

Untuk raya ini saya cuba mahu mengurangkan stok-stok tudung saya melalui bantuan agen-agen saya di Melaka dengan mengagihkan keuntungan sebagai upah mereka. Kini saya berharap dapat mengambil telekung sulam dan kain pelekat. Baget saya belum ada tapi saya sedang usahakan mencari dari sumber-sumber perniagaan saya.

Berniaga kereta. Setakat ini sudah masuk bulan kedua saya bekerja. Pinjaman klien bermasalah kerana ada masalah Ctos dan C-criss. Klien pertama bernama Nadia hampir berputus asa tapi saya cuba sekali lagi submit melalui bank yang direkomenkan rakan saya. Ada rezeki minggu depan saya dapat jawapan positif. Kes klien kedua yang diberi oleh bos saya(dia nak bising kat saya pun nanti tak best pula saya tengok muka dia). Tapi dokumennya agak miskin terpaksalah saya minta rakan saya adjustkan. Itu semua main duit.

Bukan mudah membina nama kembali di persada permotoran yang berkaitan jual beli kenderaan ini. Saya pun puas memujuk hati untuk bekerja kembali walaupun saya fed up untuk face masalah lama yang berulang kembali. Untuk mengembalikan keyakinan saya target income 10k ke atas walaupun untuk mendapatkannya perlulah saya merancang strategi samada melalui:
  • Iklan Suratkhabar
  • iklan dalam internet
  • iklan dalam facebook.
  • Upah budak hantar flyers
  • terpaksa cari rakan-rakan lama(malasnya saya).
  • cara lain banyak lagi yang terbayang nak buat
  • cuma mampu ngan tidak sahaja
  • yang penting modal publisiti.
  • Buat Blog atau Web.(paling saya tidak gemar dok depan komputer yang banyak buang masa saya
Ada rezeki lamalah saya dalam bidang kereta. Itupun kalau cukup modal saya target tak sampai satu tahun saya nak serius dalam berniaga dan hasrat nak istiqamah mengajar.

Harap ini bukan angan-angan kosong saya.

Semoga saya berjaya berkat Ramadan ini.

Friday, August 6, 2010

Banyak Akal Budak ni!


Pancaran Cahaya!


Senja Nan Merah!




Sungguh Ia Membakar Semangatku








Kecewa Lagi

Melihat barang-barang perniagaan yang rosak membuatkan saya sungguh kecewa. Hari itu saya tersilap membuat perhitungan apabila membasuh kain tanpa memperdulikan bilik air terbiar yang tersumbat di bilik hadapan. Ingat saya jika air mesin basuh keluar pun tidaklah sampai akan naik ke takat melepasi tembok bilik. Saya pun satu, leka melayari internet. Ketika itu saya bersenang-senang selepas membereskan mengemas rumah.

Setelah semuanya selesai barulah saya perasan bilik utama melimpah dengan air. Separuh daripada tudung-tudung harian saya kotor dengan sisa air basuhan. Agak lama baru saya tersedar bilik tengah lebih-lebih lagi menerima akibat yang buruk dari bilik utama. Apa yang membimbangkan ia turut melibatkan plastik-plastik berisi stok tudung. Setelah memeriksa sedikit sebanyak tidaklah banyak yang terjejas melainkan tilam toto yang sedikit menaikkan tahap didih darah saya.

Hari ini setelah dua hari barulah saya tersedar ada lagi beg yang saya terlepas pandang. Setelah memeriksa rupa-rupanya ada lagi yang masih berbaki. Apa yang menyedihkan semua tudung-tudung basah. Malah ada yang rosak setelah warna tudung yang lain turun lalu melekat pada tudung yang lain.

Tidak guna saya bising-bising nanti saya juga yang terkena batang hidung sendiri walaupun timbul ketidak puasan hati saya.

Kecewa lebih-lebih lagi. Betapa kecewanya saya apabila stok-stok ini rosak, jika barang tidak habis terjual saya masih bersabar.

Dengan lemah longlai saya menyidai tudung-tudung tadi. Bau kurang enak membuatkan saya kecewa kerana nilai tudung yang dianggarkan rugi lebih kurang RM 500 juga. Esok siang saya berkira-kira mahu mengeringkannya dibawah cahaya matahari. Selepas itu barulah saya memikirkan untuk menjual atau mengguna pakai tudung yang rosak sebagai koleksi peribadi atau menghadiahkan sahaja kepada rakan-rakan atau saudara mara dari bahagian yang masih elok sempurna. Saya juga terfikir untuk melelong tudung yang tidak terjejas tetapi masih juga tidak mendapat kata putus apabila memikirkan ia akan merosakkan market saya sendiri.

Apapun saya pasrah dengan ujian ini. Saya mengaku inilah kesilapan saya yang saya terlewat kesan didalam kekalutan menangani kain-kain pakaian harian yang terjejas pada hari peristiwa yang sama. Separuh semangat saya juga hilang tapi saya redha dan akan mengambil pengajaran banyak-banyak.

Wednesday, August 4, 2010

Santai di Air Terjun Sagil



Muar...bertemu di Muara.


Dia,Suamiku!



Muara sungai Muar mengalir ke laut




Mencari ketenangan. Aku di sini!


Aku mengadapkan wajahku kepada tuhan yang menjadikan langit dan bumi

HARI PERTAMA MENGAJAR KAFA

MINGGU lepas saya ada minta mengajar di sekolah Agama An-Nur.Alhamdulillah hari ini saya mula mengajar di Sekolah Agama An-Nur. Murid kelas saya berumur 5 hingga 6 tahun dalam 18 orang. Saya mengajar bermula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Hari pertama mengajar, saya berhadapan dengan pelajar yang kaya pelbagai karenah.Hidung saya menghidu bau masam-masam tetapi saya beranggapan mungkin bau pen maker. Tetapi murid-murid lain mula bersungut seakan terbau najis manusia dan ada yang bersungut tahi kucing. Saya tidak mahu terlalu menyoal dan menyiasat kerana tidak mahu menjatuhkan air muka anak murid saya. Di hujung kelas barulah saya perasan seluar seorang pelajar lelaki yang kekuning-kuningan. Patutlah, tetapi saya hanya buat-buat tidak tahu apabila memikirkan ianya tidaklah terlalu memudharatkan dan saya pun takut terkena basuh pula nanti:)

" ustazah cantiklah!" seorang murid perempuan bernama syafiah Naqibah berulang kali memuji saya. Saya pun membalas..." awak orang pertama memuji saya hari ini.
" tapi saya tengok ustazah pakai tudung nampak tak sesuai dengan baju." pula!
" esok boleh tak ustazah pakai tudung warna unggu?"mmmm saya hanya mengiakan dengan gelengan dan senyuman.

Saya menulis doa di papan putih dan meminta anak-anak murid menulis di dalam buku. Sebagai peransang saya memuji tulisan mereka yang cantik. tiba-tiba Syafiah Naqibah menghimpit sebelah kanan saya dan meminta saya memuji tulisannya dihadapan kawan-kawannya.

" ustazah nanti cakaplah tulisan saya cantik depan kawan-kawan" bisiknya.mmmm, Macam-macam!

Hakim, pelajar yang agak brutal dan agak nakal suka membuat hal sendiri di dalam kelas. Saya melebih-lebihkan memuji tulisannya di hadapan kelas dan nampaknya selepas itu Hakim ringan tulang membantu saya membersihkan kelas.

Itulah sedikit coretan walaupun saya agak blur sedikit untuk memulakan sesi pemelajaran anak-anak murid saya yang pandai-pandai cakap belaka.

Semoga Allah memudahkan perjalanan saya dan jihad ini.