Friday, October 1, 2010

Naik Angin

Siang tadi saya naik angin dengan Mohammad Ehsan. Asal saya suruh murid-murid keluarkan buku tulis sahaja, dia akan beralasan tak bawa buku. Kalau ikutkan perkembangan tumbesarannya dari segi kecerdasan menurut ibunya, pelajar saya yang seorang ini agak pasif.

Reaksi saya petang tadi ialah denda tak boleh balik, siap saya menakut-takutkannya lagi bahawa hanya dia sahaja yang akan tidur di sekolah dan saya nak kunci pintu sekolah. Ingat saya sekadar kata-kata tidak memberi kesan besar. Rupanya" Ustazah!!! Muhammad Ehsan menangis."

Melihat wajahnya yang kemerahan bersama kerutan saya ingat masih ok, tetapi memang sudah banjir, cuma suara sahaja tidak keluar.

Anehnya melihat airmukanya, saya pula rasa nak menangis. Cepat-cepat saya suruh dia berhenti menangis dan basuh muka, baru boleh balik. Cepat dia berlari. Melihat wajah yang tiada dosa sungguh membuatkan saya berasa bersalah kerana usikan melampau.

Jahatkan ustazah ni:)

No comments:

Post a Comment