Tuesday, August 3, 2010

Berniaga lagi….


Saya bekerja lagi di Proton Edar walaupun saya telah berikrar tidak mahu terjun ke dalam bidang ini lagi. Kali terakhir saya putus asa dan kecewa walaupun saya enjoy dengan gaji lumayan ialah kerana sikap salah seorang pelanggan yang merupakan guru di Sekolah Menengah Sains Muar.

Asalnya begini ,sudah sikap saya tidak suka menyelesaikan masalah melalui telefon tetapi lebih selesa bersemuka .Bermula suatu hari saya berdepan dengan kelewatan mendapat stok kereta Iswara yang di pesan oleh guru berkenaan. Setelah berurusan dengan wakil jualan Proton Edar Tangkak saya bergegas ke Muar untuk menyelesaikan masalah ini dengan guru berkenaan. Letih jangan katalah kerana dari Muar saya memandu ke Tangkak kemudian kembali ke Muar semata-mata mahu menerangkan situasi yang tidak dapat dielakkan dengan guru berkenaan dan selepas itu kena bergegas ke Melaka kerana mahu mengambil suami pula.

Secara peribadi, saya berpendapat dengan pengalaman berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan, karenah pengurusan seperti bank,JPJ dan lain-lain jabatan swasta mahupun kerajaan dan dengan pelbagai tingkat profesyen pelanggan ,bermakna saya sudah cukup matang menangani apa sahaja situasi yang datang. Saya beranggapan apabila kita bersikap tenang dan berterus terang dengan pelanggan asalkan kita tidak membuat onar ,segala masalah akan selesai kemudian dengan persefahaman yang dicapai dari kedua belah pihak.

Petang yang malang itu menyaksikan betapa seorang manusia yang memegang karier yang disegani pada pandangan saya serta mendapat kedudukan yang tinggi didalam masyarakat tidak dapat mempertahankan sikap rasional,sabar dan menghormati tetamu. Baru sahaja saya keluar dari kereta dan baru sedikit saya memasuki halaman rumahnya saya sudah dihamun dengan kata-kata yang amat meruntun hati saya.

Apalah salahnya sekiranya saya yang berpenat-penatan datang dari jauh semata-mata untuk bersemuka demi menerangkan situasi masalah pengurusan yang melibatkan saya dan dia dijemput masuk dan duduk sebentar walaupun tidak panas punggung sebagai menjunjung adat-adat tatasusila kemelayuan. Terus saya menangis disitu juga tanpa rasa malu kerana rasa sedih bersangatan dan rasa terkejut kerana saya sendiri amat bertimbangrasa dan tidak sampai hati memperlakukan tetamu sedemikian rupa. Pada saya apabila saya memuliakan tetamu saya juga akan dilayan sama saya memperlakukan tetamu tetapi sebaliknya.

Selepas itu semakin hari semakin saya berasa tawar hati kerana setelah saya menjaga keprofesional an karier saya, saya rupanya diduga dengan perkara keterlaluan yang amat menguji kesabaran saya .

Masalah tidak habis disitu apabila saya berjumpa pula klien lama (yang lain)yang sebelum ini pernah membeli kereta Iswara dan mahu up grade kereta Waja pula. Tetapi kali ini dia datang dengan seorang perempuan yang di dakwanya isteri keduanya. Saya tidak mahu mengambil tahu selebihnya kerana tugas saya ialah menjual kereta.

Saya terjebak juga apabila saya pernah dihubungi isteri pertamanya bertanyakan tentang pembelian kereta kedua oleh suaminya. Dan perkara pertama tujuan isterinya menelefon saya adalah jelas….! Saya sekadar no komen walaupun hati saya berasa kasihan dan bersalah kerana menyembunyikan perkara yang saya tahu, tetapi demi menjaga keprofesionalan ,sayatidak mahu mencampur adukkan keduanya antara karier dan masalah peribadi pelanggan.

Walaupun saya mengelak tidak masuk campur, si suami merujuk kepada saya apabila isterinya mendapat tahu dia berkahwin lain dan menuntut cerai serta mengagak saya yang melaporkan hal iniL. Pening juga saya mahu menerangkan tetapi saya tetap bertahan dan menegaskan itu bukan hal saya untuk masuk campur.

Kemuncak kepada permasalahan apabila 2-3 bulan kemudian pihak bank mencari saya kerana klien ini tidak membayar tunggakan pinjaman kereta. Nak atau tidak terpaksalah saya follow up demi menjaga reputasi saya dengan pihak bank dan menjaga karier saya juga.

Rupanya apabila saya memberitahu supaya klien penyapu tadi menyelesaikan masalahnya yang melibatkan saya, saya mendapat feed back yang sungguh buruk dan menakutkan kerana saya diugut dengan sms yang mengancam keselamatan saya.

Situasi yang cuba saya sembunyikan daripada pengetahuan suami saya akhirnya terhidu olehnya jua apabila dia terbaca sms klien tadi. Sikap suami saya pula apabila runsing tentang saya ialah membisu dan seolah-olah tidak mengambil tahu. Ini benar-benar membuatkan saya berasa perhubungan aman kami tidak tenang kerana profesyen yang sering suami saya pertikaikan (mungkin dia kasihankan saya kerana sentiasa berada dalam tekanan). Padanya gaji mencecah lima angka keatas dan kemewahan lain tidak dipandang olehnya jika ketenangan jiwa tergadai sebagaimana karier yang saya sandang pada ketika itu.

Rentetan peristiwa itu saya nekad untuk beralah dan memgundur diri demi membina peluang lain. Saya menganggap setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi . Setelah berhenti, memang benar ada peluang lain menanti , peluang yang tidak saya jangka tetapi mendokong cita-cita saya selama ini yang akan saya ceritakan kemudianJ.

p/s: 2-3 tahun kemudian klien penyapu tadi dengan muka tidak malu menelefon saya dengan tiada rasa bersalah bertanyakan isteri pertamanya ada menelefon saya atau tidak. Dari nada suara dan keluhannya menunjukkan kekesalan yang sudah terlewat.(apa yang saya tahu isteri pertamanya mengambil balik kereta Iswara setelah diceraikan talak tiga dan isteri kedua mungkin meminta berpisah setelah kerjayanya di jabatan kerajaan tergugat gara-gara masalah yang menarik saya supaya terlibat sama 2-3 tahun lepas).


No comments:

Post a Comment