Monday, August 23, 2010

Masjid India Syurga berborong

Sempena bulan Ramadhan ini saya kerap berkunjung ke Masjid India. Di sana saya mencari telekung, kain pelekat, kain batik, keronsang, tudung Hajra, dan butang baju melayu.


Telekung yang pelbagai sulaman membuatkan saya mula mempelajari corak-corak terkini, jenis kain, kelabuhan dan pelbagai lagi. Corak-coraknya memang berbagai dan cantik-cantik. Di tempat pengusaha kedai borong ini, saya berkenalan dengan Habibah dari Indonesia dan bosnya yang muda dan cantik persis orang China dari tanah besar. Dari perbualan pendek saya denganya memang bapanya orang China sejati dari kemboja.Menyusuri Masjid India secara kerap membuatkan saya benar-benar terpegun dengan keunikannya. Di sini kita akan berkumpul dengan pelbagai kaum dari pelbagai bangsa maupun negara. Yang membanggakan ialah peniaga disini memang majoriti Muslim. Barang-barang pun memang sentiasa terkini.


Selain telekung saya mengambil kain pelekat. Barulah saya kenal kain pelekat ini bertambah nilainya mengikut buatannya yang menggunakan ribuan benang. lagi banyak benang, lagilah mahal. Yang saya jumpa setakat ini 5000-8000 benang dari pelbagai jenama seperti Gajah Duduk, Mangga, Ayam Serama dan lain-lain lagi dengan pelbagai packaging menarik.


Kebanyakan diimport dari negara pengeluar seperti Indonesia dan India. Malaysia juga ada tetapi saya belum jumpa pula. Yang saya jumpa kotak kain pelekat 1Malaysia tetapi negara pengeluarnya Indonesia. Namun saya percaya negeri Kelantan dan Terengganu tidak terkecuali mengeluarkan produk yang sama tetapi saya belum jumpa( alahai ketinggalannya saya).


KERONSANG, kalau ikut trend sekarang, keronsang mewah berbatu berlian tiruan atau kristal Swarozski sudah agak berkurangan permintaannya kerana kebanyakan wanita sekarang lebih memilih tudung terus pakai sahaja. Pendek kata tudung bawal yang terkenal suatu ketika dahulu dan boleh mencecah harga 2oo dan keatas sudah kurang permintaanya dalam pasaran. Tetapi saya ambil jugalah kerana ia masih fleksibel bagi keronsang kecil kerana sesuai disematkan di bawah dagu tudung mengikut seselesa wajah kita.
Ada satu cerita di Masjid India, jika anda lalu lalang disana disepanjang kedai, anda akan terjumpa kedai keronsang CK RAHIM. Banyak juga cawangannya di Masjid India. Apa yang saya tahu sewa kedai disana jatuh pada harga terendah RM6000 keatas sebulan. itu pun untuk saiz 10x5 kaki. Dengar kata CK Rahim ini ialah seorang guru yang kini telah bergelar jutawan. Walaupun keronsang kurang permintaan pada saya tetapi saya lihat perniagaan CK Rahim gagah mengemudi empayarnya sehingga berjaya membuka cawangan besarnya (mungkin HQ) di Bangi. Seorang lagi muslim berjaya didalam perniagaan yang menjadi warga Masjid India.

Saya berjalan ke arked Anjung yang disarankan oleh adik Habibah pembantu kedai telekung untuk mendapatkan batek dan pelekat. Tak sangka saya disini banyak betul kain batik, kain pelekat dan pelbagai lagi...hai! gila saya dibuatnya. Rambang mata betul.

Saya memborong barang-barang untuk di niagakan dengan hanya bertawakkal kepada Allah dan bersedia menanggung risiko. Sebelum memikirkan apa-apa kemungkinan, saya berikhtiar sehabis daya memasarkan produk-produk yang saya borong ini. Kepuaasannya tak terkata apabila menceburkan diri di dalam perniagaan ini. Semoga berpanjangan.

No comments:

Post a Comment