Friday, August 6, 2010

Kecewa Lagi

Melihat barang-barang perniagaan yang rosak membuatkan saya sungguh kecewa. Hari itu saya tersilap membuat perhitungan apabila membasuh kain tanpa memperdulikan bilik air terbiar yang tersumbat di bilik hadapan. Ingat saya jika air mesin basuh keluar pun tidaklah sampai akan naik ke takat melepasi tembok bilik. Saya pun satu, leka melayari internet. Ketika itu saya bersenang-senang selepas membereskan mengemas rumah.

Setelah semuanya selesai barulah saya perasan bilik utama melimpah dengan air. Separuh daripada tudung-tudung harian saya kotor dengan sisa air basuhan. Agak lama baru saya tersedar bilik tengah lebih-lebih lagi menerima akibat yang buruk dari bilik utama. Apa yang membimbangkan ia turut melibatkan plastik-plastik berisi stok tudung. Setelah memeriksa sedikit sebanyak tidaklah banyak yang terjejas melainkan tilam toto yang sedikit menaikkan tahap didih darah saya.

Hari ini setelah dua hari barulah saya tersedar ada lagi beg yang saya terlepas pandang. Setelah memeriksa rupa-rupanya ada lagi yang masih berbaki. Apa yang menyedihkan semua tudung-tudung basah. Malah ada yang rosak setelah warna tudung yang lain turun lalu melekat pada tudung yang lain.

Tidak guna saya bising-bising nanti saya juga yang terkena batang hidung sendiri walaupun timbul ketidak puasan hati saya.

Kecewa lebih-lebih lagi. Betapa kecewanya saya apabila stok-stok ini rosak, jika barang tidak habis terjual saya masih bersabar.

Dengan lemah longlai saya menyidai tudung-tudung tadi. Bau kurang enak membuatkan saya kecewa kerana nilai tudung yang dianggarkan rugi lebih kurang RM 500 juga. Esok siang saya berkira-kira mahu mengeringkannya dibawah cahaya matahari. Selepas itu barulah saya memikirkan untuk menjual atau mengguna pakai tudung yang rosak sebagai koleksi peribadi atau menghadiahkan sahaja kepada rakan-rakan atau saudara mara dari bahagian yang masih elok sempurna. Saya juga terfikir untuk melelong tudung yang tidak terjejas tetapi masih juga tidak mendapat kata putus apabila memikirkan ia akan merosakkan market saya sendiri.

Apapun saya pasrah dengan ujian ini. Saya mengaku inilah kesilapan saya yang saya terlewat kesan didalam kekalutan menangani kain-kain pakaian harian yang terjejas pada hari peristiwa yang sama. Separuh semangat saya juga hilang tapi saya redha dan akan mengambil pengajaran banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment