Friday, August 27, 2010

kisah anak anak muridku

Sekarang saya mula belajar tentang sikap budak-budak umur 6 tahun. Memeningkan kepala tetap menghiburkan. Stress tetapi sebenarnya satu terapi. Manakan tidak, memandang wajah mereka yang bersih tanpa dosa setiap kali mereka mengadap saya ketika saya memandu mereka membaca iqra.

Anak murid saya bijak-bijak belaka, sehebat nama mereka.

Mereka semua mempunyai karakter tersendiri, ragam juga berbeza. Nabil Hakim,anak kecil persis cina selalunya akan berdalih tidak membawa buku jika saya memulakan sesi pemelajaran baru. Saya sudah hafal ayat-ayatnya " ustazah, saya tak bawa buku"..."ustazah buku saya tinggal kulit je!"..."ustazah, beg saya kena mangga". Dan apabila saya memintanya membuka beg untuk cek buku, barulah dia akan mengeluarkan isi buku yang tertanggal dari kulitnya, beg yang bermangga dia tahu dimana disorokkan kuncinya. Selalunya dia akan kalah juga dengan permintaan saya. Kadangkala dia sanggup didenda dengan kesalahan tidak membawa buku(padahal bawa) oleh saya.

Tetapi saya melihat Nabil Hakim ini budaknya bijk kerana seringkali soalan saya betul jawapannya. Dalam nakal dan ingkarnya dia juga menghormati saya tetapi tidak ditunjukkan. Pernah sekali saya merotannya dihadapan kelas kerana memijak rakan yang sedang tertidur(mungkin penat berpuasa) samada secara sengaja atau tidak. tujuan saya ialah untuk memberi pengajaran. Selepas itu Nabil Hakim pulang ketempatnya dan memekup kepala dan menangis. Saya sangkakan Nabil Hakim akan menagmbil hati dalam jangkamasa panjang rupanya tidak kerana selepas reda dia mengikuti sesi pemelajaran seterusnya. Kebetulan ketika itu saya memberi kuiz didalam kelas. Semasa ucapan selamat pulang diakhir kelas diiringi ucapan maaf beramai-ramai saya berseloroh, "kamu ada buat salah ke?sapa rasa ada buat salah angkat tangan" secara umum. Dan ekor mata saya menangkap Nabil Hakim lah orang mula-mula yang mengangkat tangan tetapi saya pura-pura tidak melihatnya.

No comments:

Post a Comment