Wednesday, August 4, 2010

HARI PERTAMA MENGAJAR KAFA

MINGGU lepas saya ada minta mengajar di sekolah Agama An-Nur.Alhamdulillah hari ini saya mula mengajar di Sekolah Agama An-Nur. Murid kelas saya berumur 5 hingga 6 tahun dalam 18 orang. Saya mengajar bermula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Hari pertama mengajar, saya berhadapan dengan pelajar yang kaya pelbagai karenah.Hidung saya menghidu bau masam-masam tetapi saya beranggapan mungkin bau pen maker. Tetapi murid-murid lain mula bersungut seakan terbau najis manusia dan ada yang bersungut tahi kucing. Saya tidak mahu terlalu menyoal dan menyiasat kerana tidak mahu menjatuhkan air muka anak murid saya. Di hujung kelas barulah saya perasan seluar seorang pelajar lelaki yang kekuning-kuningan. Patutlah, tetapi saya hanya buat-buat tidak tahu apabila memikirkan ianya tidaklah terlalu memudharatkan dan saya pun takut terkena basuh pula nanti:)

" ustazah cantiklah!" seorang murid perempuan bernama syafiah Naqibah berulang kali memuji saya. Saya pun membalas..." awak orang pertama memuji saya hari ini.
" tapi saya tengok ustazah pakai tudung nampak tak sesuai dengan baju." pula!
" esok boleh tak ustazah pakai tudung warna unggu?"mmmm saya hanya mengiakan dengan gelengan dan senyuman.

Saya menulis doa di papan putih dan meminta anak-anak murid menulis di dalam buku. Sebagai peransang saya memuji tulisan mereka yang cantik. tiba-tiba Syafiah Naqibah menghimpit sebelah kanan saya dan meminta saya memuji tulisannya dihadapan kawan-kawannya.

" ustazah nanti cakaplah tulisan saya cantik depan kawan-kawan" bisiknya.mmmm, Macam-macam!

Hakim, pelajar yang agak brutal dan agak nakal suka membuat hal sendiri di dalam kelas. Saya melebih-lebihkan memuji tulisannya di hadapan kelas dan nampaknya selepas itu Hakim ringan tulang membantu saya membersihkan kelas.

Itulah sedikit coretan walaupun saya agak blur sedikit untuk memulakan sesi pemelajaran anak-anak murid saya yang pandai-pandai cakap belaka.

Semoga Allah memudahkan perjalanan saya dan jihad ini.

No comments:

Post a Comment