Tuesday, August 3, 2010

Gila Tudung!

Berniaga barang yang kita suka merupakan satu kepuasan yang sungguh tidak terkata. Dalam mencari kesesuai an produk untuk diniagakan , saya cuba juga mengelak daripada berniaga tudung. Tetapi apakan daya ,saya sebagai wanita bertudung amat suka melihat wanita berkolaborasi membina imej bergaya dan berkeyakinan dengan bertudung.

Tadi saya berjalan di Masjid India membawa rakan sekerja yang baru hendak berjinak-jinak menjual tudung. Kami menulusuri kedai-kedai borong yang mewah dengan fesyen-fesyen tudung terkini dan bertukar saban minggu. Memang gila dibuatnya melihatkan pelbagai corak,jenis dan warna yang dijual secara kodi ini. Apa yang saya tahu, ramai peniaga dari serata negeri termasuk Sabah dan Sarawak malah dari negara lain seperti Brunei, Indonesia dan Filipina datang berborong di Masjid India. Biasanya, apa yang saya tahu setelah peniaga-peniaga ini mengenal pasti kedai pilihan mereka dan pulang kenegeri atau negara masing-masing , maka mereka selepas itu akan turun ke Masjid India dengan kerap mengikut sambutan yang diterima dan ada juga yang memesan secara pos udara daripada peniaga yang dipercayai.

Belajar daripada pengalaman lalu, saya menahan keinginan yang besar untuk memborong tudung kerana persaingan yang hebat dan memastikan produk tudung yang mempunyai sale value untuk jangkamasa panjang dan kualiti tudung juga diambil kita. Mengambil ikhtibar daripada kata-kata ibu saudara saya yang matang dengan pengalaman berniaga serta memiliki kepakaran mengembangkan modal melalui tijarah, dia berpendapat lebih baik ambil tudung yang mahal sedikit, berkualiti dan ada harga kerana tudung ini lebih mudah bertahan dalam menghadapi persaingan,nyata pasarannya sukar dirosakkan oleh peniaga lain.

Dalam bergelut dengan wang modal yang sudah kering serta keinginan yang tinggi untuk berniaga kembali akhirnya saya kalah juga dengan tudung-tudung yang pelbagai. Akhirnya berpegang kepada juga petua ibu saudara saya(yang saya panggil Mak Lang), saya kalah juga kepada jenama Hajra yang boleh dipasarkan sehingga harga RM 45 dengan kualiti kain yang bagus serta tidak kalah dengan harga borong diluarsana.

Kini saya bergelut pula untuk menghabiskan stok yang ada secepat mungkin supaya dapat pula saya mengambil produk lain yang berasaskan kain juga.

Doakan saya!

No comments:

Post a Comment